Pages

Thursday, January 10, 2013

SARAWAK : 'AGI IDUP AGI NGELABAN'


Itulah kata-kata penguat semangat dari masyarakat kaum Iban di Sarawak... Kata-kata itu maksudnya ialah SELAGI HIDUP, KITA MESTI BERJUANG!! Pasti ramai yang tidak tahu bahawa semangat kesetiaan setiap kaum di negeri bertuah ini amat kuat. Tidak kiralah mereka dari etnik apa, bila saling berjumpa pasti rakyat negeri ini akan bertutur bahasa Sarawak "kamek kitak".

Pengalaman saya di Negeri Sarawak ni cukup banyak. Saya bukanlah buyers atau berpihak pada mereka, akan tetapi kehidupan masyarakat disini amat berbeza dan pastinya ia menarik perhatian saya. Pernah sewaktu mengandungkan anak pertama, saya mengalami perasaan mengidam yang amat kuat untuk makan apa yaaaa puan-puan? Ya, saya teringiiiiiiiiin sangat nak makan MI KOLOK!

Bukan sebarangan Mi Kolok tau. Waktu itu usia kandungan saya masuk bulan ke-4, saya teringinn sangat nak makan Mi Kolok di Bandar Kuching, Saat itu saya MESTI naik bot tambang 50sen(ketika itu) di Waterfront. Pastu, bila dah seberang sungai, saya nak pergi ke Restoran yang saya pernah makan dulu sewaktu ditugaskan ke sana iaitu Restoran Barok.

Restoran ini unik sebab kita boleh makan atas pokok! Hahaha, jangan terkejut! Memang restoran ini menyediakan sebahagian tempat makannya di atas pokok. Dan Mi Kolok yang saya mengidam sangat tu adalah Mi Kolok Manok(Ayam).

Disebabkan perasaan mengidam tersebut terlalu kuat, lalu saya berjumpa Editor Majalah Pa&MA, Kak Liza Ali. Beliau menasihati saya supaya rajin bercakap dengan bayi, kena banyak kawal perasaan. Apa tidaknya, saya mengidam sewaktu itu saya di ofis, di Shah Alam.

Nak naik belon(kapal terbang bagi penduduk S'wak) memang tak mampulah. Lalu sudahnya, saya pujuk hati ni untuk makan Mi Kolok di sebuah restoran selebriti. But still tak sama... At the end, sampai anak saya dah usia 2 tahun lebih, saya tak bawak pun dia ke sana...hahaha. Tunggulah bila dia besar sikit.


PENGALAMAN
  1. Coverage mengenai masyarakat Embhan yang menyimpan 10 wanita terakhir memakai gelang tembaga di atas kaki gunung bersama jurufoto kami.
  2. Saya pernah mengikuti program Padawan Raft Safari iaitu berakit sepanjang sungai(x ingat brape km) hingga 'rentung'
  3. Saya pernah ditugaskan ke perkampungan Batang Ai dan disitu terletak satu-satunya Hotel Hilton berkonsepkan rumah panjang dan terpaksa menaiki bot panjang untuk ke sana.
  4. Media FAM trip bagi produk update yang dianjurkan oleh pihak Tourism Malaysia.
MAKANAN BEST KAT SARAWAK

Ramai yang tak tahu bahawa Sarawak terlalu banyak tempat mereka wajib lawati. Sebut sahaja nama Sarawak, rakyat kita akan kerap menyebut....pastinya bab makan, mesti No.1!!
  • Ikan Terubuk Masin
  • Kek Lapis Sarawak
  • Mi Kolok
  • Laksa Sarawak
  • Ulat Mulong (ulat sagu)
  • Manok Pansoh
  • Baaaanyyyyakkkk lagiiii
Bersama jurufoto Jazlan semasa program Padawan Raft Safari
Pastu barulah tempat-tempat best korang kena lawat seperti:
  • Kampung Budaya Sarawak
  • Gunung Santubong
  • Rumah Panjang Iban & Bidayuh
  • Waterfront kat Kuching
  • Rainforest Music Festival (setiap tahun satu dunia datang sini)
  • Pasar Satok
  • Pasar Serikin
  • Rumah Bidayuh Annah Rais
  • Sekitar bandar Kuching
  • Naik river cruise
  • Jungle trekking
  • aiiiiyohhhh...banyak ni...
Dannn antara cenderamata yang wajib korang beli untuk mak-mak kite, diri sendiri, keluarga dan rakan-rakan ialah:
  • TIKAR SARAWAK
  • Pasu Sarawak
  • pose mauuuttt ngan patung-patung kucing kat depan Hotel Hilton
  • rantai manik-manik sarawak
  • Pua Kumbu
  • gelang rotan
  • keychain dan t-shirt itu biasa...
  • Ikan terubuk masin
  • Lada putih & Lada hitam
  • Dan lain-lain lagi...

Hopefully, korang naiklah mana-mana flight tambang murah, pegilah melawat Sarawak ni. tiada yang lebih unik selain Negeri Sarawak!

Di rumah Annah Rais Longhouse
TIPS
  1. Jangan lupa bawak kamera ya sebab kat sini sunset dia memang canteq!
  2. Kat sini kamek sik panggil kucing, kamek panggilnya pusak.
  3. Jika mahu jungle trekking, toksah beli kasot memahal. Pegi kedai kat pekan-pekan sekitar Sarawak ni, mereka ada jual kasut getah yang dipanggil  Adidas Payak harga tak kurang dari RM 10. Sure korang akan cakap terima kaseh kat aku sebabnya orang sarawak ni ramai yang duduk di bahagian pedalaman kena jalan dalam hutan. So, mereka pakai kasut getah ni sebab senang nak panjant bukit & redah sungai. 

No comments:

Post a Comment