Kat Gua Tempurung. Thanks kawan sebab jadi model. huhu! |
Kellies Castle & aku |
Ok..Ok! Saya tahu dah 2 bulan blog ni ber'sawang'.. (2 bulan je pun...hehe!) Bukan apa, soooo many things happen in my life! Tapi dengan sokongan dan nasihat yang jitu & padu dari suami saya, Mazli Md Yatim, saya akan teruskan perjuangan menulis ini dengan semangat yang berkobar-kobar.
Sedang saya cuba godak External HDisk yg berkepuk ngan artwork tu, I've decided to choose IPOHH PERAKK as one of my FAVOURITE DESTINATION for holiday. Bagi warga Ipoh, mereka akan kata, apa je yang ada kat sini? Haaa..ramai yang tak tahu Ipoh merupakan bandar bersejarah yang penuh dengan cerita disebalik bangunan-bangunan kolonial mereka.
5 PERKARA YANG ANDA MESTI TAHU KAT IPOH, PERAK!
1. Firstly, TEMPAT MAKAN! Mesti, Wajib, kalau tak cari tempat makan yang betul, KEBULUR korang.. hahaha.
RESTORAN TASIK RABAN (Masakan Kampung)
Alamat: Jalan Kompleks Sukan, Ipoh.Kat sini, kalau korang nak lunch, memang kena pi awal. Penuh memanjang. Lauk kemain banyaknya.. ikan bakar, masak tempoyak, ulam-ulam.. Tak caya, tanya MakTeh owner kedai. Self Servis amik lauk. Nanti ada orang datang meja kasi kira. KIRA HALAL je pun boleh..haha. (marah Mak Teh kang...huhu.) Diorang ada cawangan lain. korang gugel sendiri atau teponlah yee...
(Gambar takde sebab masa tu lapar sangat tak sempat nak amik gambo. hahaha.)
NASI AYAM FUZIAH (NASI AYAM BAZAR BULAT)
Sangat femes dengan nasi ayamnya yang terkenal sejak 1980. Dulu orang panggil NASI AYAM BAZAR BULAT.Masa: 11 pagi ~ 11 malam
Dulu memang beratur panjang nak beli. Sekarang diorang siap boleh buat delivery antar kat opis korang. Tapi area IPOH je laa.. kecurr plak bile nengok dan teringatkan hati ayam goreng yang marvelous tu.. perghh... dapat pulak yang panas-panas, memang dapp dapppp!
MEE REBUS RAMLI IPOH
Memang ramai yang suggest makan kat sini. Bagi aku oklahh.. sebab bukan gemar sangat. Tapi BELIAU MEMANG SANGAT TERKENAL. Aku suka makan laksa. Presentation makanan tetap sama sejak dulu lagi. Kedai ni tepi jalan besar Jalan Kuala Kangsar. Susah sikit cari parking. Tapi apedehal... nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Betul yeop?
DUBLINERS CAFE
Alamat: Area Greentown, Ipoh.
Jenis Makanan: Western & Thai.
Harga : Ikut harga per set RM 20 ke bawah. Kalau amik Steak ke Lamb Chop ke, korang boleh paham sendiri harga mungkin lebih.
POPIAH SS ALI & SATAY ENDUT
Popiah SS Ali ni memang terbaik bagi penggemar popiah basah. Sambal dan udang keringnya sangatttttttt sedap. Kat Shah Alam Seksyen 7, diorang ada cawangan kat sana. Kat area pasar malam Seksyen 18 pun ada.
Setiap kali pergi, CONFIRM ramai datang dan beratur nak beli. Satay Endut pun sama. Kedai kecik je kat Ipoh ni. Tapi marvelous! Murah & Sedap!
********************************************************************************
KEDUA: IPOH HERITAGE BUILDING
Korang selama ni ni pergi IPOH mesti pass by je bangunan-bangunan ni tapi tak kesah pun setiap sejarahnyakan??? Tahukah anda, Tourism Perak mempromosikan bangunan-bangunan ini sebagai salah satu tempat pelancongan mesti pergi di Ipoh? Haaa.. Jom kita tengok apa yang menarik kat bangunan-bangunan lama ni..
STESEN KERETAPI IPOH
Ini Stesen Keretapi Ipoh terletak di Jalan Panglima Bukit Gantang. Orang Ipoh panggil "Taj Mahal Ipoh" kerana seni reka bentuknya ala Taj Mahal, India. Menyediakan tren keretapi antara Bandar & ETS, ia dibina sekitar tahun 1935 oleh pihak British bagi mengangkut Bijih Timah.
Kat sini korang boleh jumpa POKOK IPOH. Ianya dipagar rapi dan pokoknya rendang.
MEMORIALTHAILAND-BURMA DEATH RAILWAY
SELINGAN: Shaker & Rifaie.. hebat-hebat diorang ni.. Photographer Terbaik. Artwork superb!!! |
MENARA MEMORIAL BIRCH (BIRCH MEMORIAL MONUMENT)
Sebuah menara jam dibina pada tahun 1909 bagi memperingati kematian J.W.W. Birch yang dibunuh di Pasir Salak pada tahun 1875.
Jika diteliti dengan betul, setiap gambar yang dilukis adalah lakaran wajah-wajah orang ternama pada zaman dahulu di zaman era kegemilangan masing-masing. But the one missing figure, I don't know. |
THE HAN CHIN PET SOO CLUBHOUSE
Dibina pada tahun 1929 sebagai rumah kelab oleh seorang warga Cina Hakka. Rumah kelab ini bagaikan menziarahi rumah Baba & Nyonya di Melaka, barang-barang lamanya masih tersimpan kemas termasuklah lesen perniagaan mereka.
KETIGA : GERBANG MALAM
Sama atau lebih kurang seperti uptown di Shah Alam. Nama pun Gerbang Malam, so dibuka pada waktu malam sahaja. Perniagaan bermula jam 9.00 malam ke atas. Waktu siang, lorong biasa tempat parking kereta.
Apa yang ada? Jual-jual baju, peminat bundle boleh bargain harga murah. Ada kedai makan..
KEEMPAT : PASAR LOKEN (PASAR KARAT)
Dibuka pada HARI AHAD SAHAJA. MASA: 7.00 PAGI ~ 12 TENGAH HARI kat JALAN HORLEY, IPOH.
Teringat waktu shooting dengan jurufoto Karangkraf, Jazlan Nangar. Waktu itu saya ditugaskan untuk membuat liputan mengenai Gua-Gua yang terdapat di Ipoh seperti Kek Lok Tong, Sam Poh Tong, Gua Tempurung dan sebagainya. Kebetulan sewaktu shooting waktu itu bulan puasa, lepas kami bersahur, terus kami bersiap ke Pasar Loken.
Jazlan pulak memang gemar barang-barang 'rare' dan old skool. Hape lagi, 'cuci mata' gamaknya kitorang dari peniaga start bukak payung sampai tutup payung. Haha! Pasar tersebut memang ramai orang. Nak beli kena pandai tawar menawar. Tapi dalam banyak-banyak pasar karat yang aku pergi, Loken memang terbaiklah!!!
Nak cari parking? Korang nak parking sedap, tak jalan jauh, datanglah awal-awal.. Ini datang jam 10 pagi pastu memekak TAKDE PARKING. Pastu bawak anak kecik. Kesianlah kat anak-anak tu penat nak jalan. Weh, orang sanggup parking kat area Taman Dr. Seenivasagam, tepi-tepi jalan besar nak pegi pasar tu je tau.
DISARANKAN
- Kalau bawak anak kecik, pakai stroller. aku repeat. PAKAI STROLLER. Korang takkan nyesal. Walaupun budak tu dah pandai jalan atau baru dapat kaki, BAWAK STROLLER. (siapkan kipas kecik supaya tak panas)
- PAKAI SELIPAR, sport shoes, sandal, apa sahaja yang selesa dan 'flat'. Yang berpakwe-makwe, makwe toksah verangan nak dating kat situ pakai heels. Pakwe korang tak pandang heels tu. Lagi dia merungut korang ni bising sebab sakit kaki. hahaha.
- BAWAK AIR MINERAL. Sebotol mineral water, baru mewakili 10 payung (penjual). Kat situ ada 50 payung ++(banyak lagi kot). huhu.
KELIMA : KELLIE'S CASTLE
Aku suka tempat ni, istana bersejarah kat Batu Gajah ni memang unik sehinggakan channel HISTORY 555 Astro buat dokumentari pasal istana ni. Dengan kecanggihan teknik yang diorang ada, kalau Istana ni Berjaya disiapkan, memang terbaik dan cantik!
Yang patut anda tahu!
- Antara bahan asas pembuatan istana ini sewaktu zaman dahulu ialah PUTIH TELUR!
- Tempat shooting wedding paling menarik di Ipoh. Tapi ada bayaran dikenakan.
- Nak masuk kena bayar.
- Cucu cicit entah generasi ke berapa owner istana ni dah dating melawat tempat ni.
- Tak berapa jauh dari istana ini, ada kuil India. Di atas bumbung kuil tersebut, akan ternampak patung Mr. William Kellie Smith.
- Di bahagian atas istana yang berwarna putih, terdapat ukiran wajah anak beliau di antara tiang-tiang tersebut. Anda perlu peka dan hanya boleh dilihat dari luar.
- Ada pokok 'teddy bear' kat perkarangan istana ni.
Haa...begitulah serba sedikit pasal Ipoh yang aku tahu.. Kalau salah info harap diperbetulkan. InsyaAllah, aku akan buat pasal tempat lain pulak. huhu..
INFO TAMBAHAN
Ramai orang suka beli buah limau bali atau BUAH TAMBUN di Tapah (R&R). Untuk pengetahuan semua, Buah Tambun hidup subur di bumi bertuah Perak kerana keadaan geografinya yang mempunyai gua batu kapur. Hasil galian garam yang tinggi menyebabkan Buah Tambun tersebut lebih enak dimakan begitu sahaja. Kalau buat masak lemak cili api atau masak tempoyak, konfem buang dalam tong sampah! bahahaha.. Dari highway, anda akan lihat begitu indah pemandangan bukit bukau & gunung batu kapur di sini.